Welcome To Arissha Sofea Blog..Its Time For Story..

Halaman

Rabu, 22 Jun 2011

Siapa Juara Maharaja Lawak??


Assalamualaikum dan hye semua..selamat tengahari diucapkan dan selamat menjamu selera kepada sesiapa yang sedang menjamu selera makan tengahari pada saat ini. Baru semalam saya berkesempatan untuk melihat episod Maharaja Lawak musim ke 12 yang diadakan di Johor Bharu.

(Kumpulan jambu setelah mendapt imuniti dari pihak juri, gambar daripada Utusan Malaysia)


Mengimbas kembali persembahan peserta pada musim kali ini sekali lagi persembahan jambu benar-benar mengecewakan saya sebagai salah seorang peminatnya. Boleh dikatakan setiap minggu saya akan mengikuti perkembangan kumpulan jambu melalui komen-komen dan persembahan yang diberikan. Alhamdulillah walaupun kumpulan jambu yang pada awalnya tersingkir telah diberikan peluang kedua oleh pihak juri setelah Ahmad Idham selaku juri menggunakan imuniti. Dan saya berharap agar kumpulan jambu dapat menggunakan peluang dan kesempatan kedua ini dengan memberikan persembahan terbaik di final minggu hadapan.

(Persembahan dari kumpulan jambu)

Persembahan terbaik pada musim ke 12 ini jatuh kepada kumpulan sepah yang telah memberikan persembahan boombastik dengan lawak melayu asli yang benar-benar membuatkan semua yang melihat persembahan mereka pecah perut dan tak kering gusi. Tetapi saya paling suka persembahan kedua dari sepah yang meniru aksi dan gaya Ustazah Nor Bahiyah dan suami dalam rancangan semanis kurma TV9. Best sangat-sangat dan tak henti-henti saya ketawa melihatnya. Persembahan jozan yang pertama terbaik dan best berbanding persembahan kedua mereka yang bergandingan dengan Linda Onn. Persembahan Nabil bagi pendapat saya biasa-biasa sahaja tetapi ucapan tahniah diberikan oleh Nabil kerana telah berusaha gigih untuk memberikan jenaka-jenaka atau lawak-lawak yang best. Bukan senang buat Nabil kerana terpaksa beraksi secara individu berbanding kumpulan-kumpulan lain.


Sementara itu R2 pula tetap berbangga walaupun telah tersingkir. Final maharaja lawak akan diadakan pada minggu hadapan dengan menyaksikan persaingan diantara Jozan, Sepah, Nabil dan Jambu. Siapakah yang bakal menyandang gelaran Maharaja Lawak 2011??Jika dilihat pada undian penonton setiap minggu kumpulan Jozan dilihat lebih mempunyai peluang cerah untuk menang disamping mempunyai ramai peminat dan penyokong mereka tersendiri merupakan satu kelebihan buat kumpulan jozan berbanding kumpulan-kumpulan lain. Sepah juga merupakan pilihan kedua saya untuk memenangi pertandingan tersebut.



Mereka yang bergelar juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM 300 000. Naib juara RM 200 OOO dan tempat ketiga akan membawa pulang RM 100 000. Wah wah wah...bukan sedikit yer hadiah yang ditawarkan. Boleh beli rumah dan kereta kalau dapat. Kepada semua peserta yang akan bertanding di final nanti saya ingin mengucapkan GOOD LUCK and Do The Best!!Semoga dapat memberikan persembahan terbaik dan gempak serta luar biasa daripada biasa. Hahahaha..itu sahaja kali ini..

Thanks for reading..=)




Siapa Juara Maharaja Lawak Pilihan Anda ??

3 comments:

Tapak Kaki on 22 Jun 2011 pada 3:10 PTG berkata...

aku tak kisah peserta mana yang juara sebab aku suka semua.hehe.. minggu depan dah tak da maharajalawak..sob sob sob

Arissha Sofea on 22 Jun 2011 pada 3:55 PTG berkata...

tu lah..semua best2 kan..

zahid_pocie on 22 Jun 2011 pada 11:32 PTG berkata...

jozan!!! :)

Catat Ulasan

Klik kalau nak tengok

Catatan Popular

 

Pelawat

pink teddy

pink teddy

Terima Kasih dari : Arissha Sofea Story Teller