Welcome To Arissha Sofea Blog..Its Time For Story..

Halaman

Isnin, 27 Jun 2011

Motorsikal Elektrik Teknologi Hijau Pertama Di Malaysia


Assalamualaikum dan hai semua, beberapa hari lepas selepas menonton paparan berita TV3 terus tertarik dan berminat untuk memiliki salah sebuah motorsikal keluaran baru dari syarikat MODENAS. Wah kagum saya melihatnya kerana Malaysia sudah maju selangkah lagi dalam dunia permotoran. Hebat, comel dan menjimatkan!! itu yang saya mampu ungkapkan tentang keluaran motorsikal terbaru ini yang diberi nama Modenas CTric. Dengan suntikan R&D yang di lakukan maka terhasil motosikal nasional yang memiliki teknologi hijau dengan menggunakan teknologi elektrik menggantikan petrol.

BATERI di bawah tempat duduk - Gambar Kosmo.
TERMINAL pengecasan ditempatkan di bahagian kiri kunci penghidup motosikal - Gambar Kosmo
Harga yang ditawarkan ialah RM 4888 seunit dan di datangkan dengan dua jenis warna iaitu hijau dan jingga. Apa yang lebih menarik ialah motorsikal ini mempunyai kelainan berbanding motorsikal-motorsikal keluaranya sebelum ini. Dengan mempunyai kelajuan purata 30 kilometer sejam dan berupaya mencapai jarak 60 km pada setiap cas penuh CTric merupakan peneraju utama motosikal di Malaysia yang menggunakan kuasa bateri sepenuhnya bagi menggerakakan enjin selain memiliki bentuk yang cantik dan kecil, CTrik juga mempunyai berat yang ringan dan amat bersesuaian untuk di miliki wanita masakini dan suri rumah untuk bersiar-siar dan kegunaan seharian . Antara ciri-ciri yang ada pada motorsikal ini adalah seperti mempunyai pengecas pintar yang memerlukan hanya 3 hingga 5 jam untuk cas pantas. Manakala untuk cas biasa mengambil masa 8 jam. Sumber memberitahu yang motorsikal ini tidak mengeluarkan bunyi di sebabkan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan selesa untuk ditunggang di kawasan larangan bunyi bising. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menyokong dengan kenderaan buatan Malaysia agar MODENAS mampu bersaing dan setanding dengan motosikal keluaran lain seperti YAMAHA dan HONDA, dengan terhasilnya motosial CTrik yang akan menjadi sumber kepada penjimatan dan penjagaan bumi hijau ini, kita seharusnya berbangga, dalam masa dan usia yang setahun jagung jika di bandingankan dengan pesaing dalam dunia pemotoran, MODENAS sudah mampu menghasilkan motosial berteknologi tinggi. Sumber juga memaklumkan bahawa dalam menghasilkan sebuah sebijik motosikal baru, hampir 1juta hingga 5 juta di perlukan bagi bahgaian R&D melakukan penyelidikan dan pembagunan. Di harap motosikal CTrik ini menapat sambutan ramai penduduk Malaysia.  Maklumat lanjut boleh lihat terus ke Cuma1 sen untuk1 KM dan Kosmo:Modenas lancar motosikal elektrik teknologi hijau pertama.


Thanks for reading..=)


4 comments:

Nizam Ijam on 27 Jun 2011 pada 11:42 PTG berkata...

nak beli duit xde...hehehee

”Kahwin Dengan Mayat”

Arissha Sofea on 27 Jun 2011 pada 11:53 PTG berkata...

Nizam Ijam: ko kan kaya nuffnang bayar ko..huhuhu..

Tapak Kaki on 28 Jun 2011 pada 12:08 PTG berkata...

jangan ada yang terkena kejutan elektrik sudah la..hehe. lagi satu aku takut kalau orang bawak motor tu masa hujan lebat, ada kebarangkalian tak nak kena petir>?

Arissha Sofea on 30 Jun 2011 pada 9:36 PTG berkata...

ish2..xda la sampai kena elektrik cik tapak kaki..=)

Catat Ulasan

Klik kalau nak tengok

Catatan Popular

 

Pelawat

pink teddy

pink teddy

Terima Kasih dari : Arissha Sofea Story Teller