Welcome To Arissha Sofea Blog..Its Time For Story..

Halaman

Sabtu, 25 Jun 2011

Home Made Chocolate For Your Love


Assalamualaikum dan hye semua..hari ni saya mencuba sendiri untuk membuat chocolate buatan tangan. Selama ni asyik makan je tak pandai buat. Rupanya simple dan mudah je nak hasilkan chocolate yang comel-comel dan menarik ni. Idea nak buat sendiri chocolate ni terlintas apabila saya pulang dari rumah bakal mertua..ehemmm.. terlepas pulak di kota tinggi johor..lelaki masa depan saya ni pulak yang ajar..haiiissssyyy malu ni..huhuhu..apa-apa pun dah siap chocolate hasil buatan tangan saya sendiri dan rasa nya sedap sebijik macam chocolate langkawi tu..huhuhu..puji diri sendiri nampak. Selama ini ingatkan proses penghasilan chocolate home made ni complicated, renyah dan memerlukan bayak bahan rupanya simple kacang golek je..kos dia pun tak mahal seperti yang disangkakan.

**Maaf kerana gambar tidak dapat disiarkan kerana chocolate itu sudah habis dimakan**


(Macam ni lah rupa chocolate yang saya buat)


(Kena beli acuan plastik ni, ada pelbagai bentuk yang menarik)


(Nak cantik beli lah chocolate bar yang warna-warni macam ni)


(Comel kan, pasni nak belajar buat yang macam ni pulak)

HOME-MADE CHOCOLATE

Bahan
300 gm cooking coklat [jual kat kedai bakery tu]
50 gm cocoa butter
kekacang [badam/hazel/walnut..kismis]

acuan coklat

Cara
1. Cincangkan semua bahan dan masukkan dalam bekas tahan panas.
2. Letakkan dalam kuali berisi air dan panaskan sehingga coklat cair.
3. Tuangkan coklat dalam acuan coklat.
4. Masukkan beberapa biji kacang atau kismis. Tekan dengan garfu sampai tenggelam. Sejukkan
5. Keluarkan dari acuan [tekan ditengah bekalang acuan saperti keluarkan air batu]

6. Hidangkan atau hiaskan.


Tapi saya tak pakai cocoa butter. Juz cairkan coklat jenama Berny's 1kg (Brand ni paling sedap la setakat ini) dan letak kacang almond yang dipotong kecik-kecik.
Kalau rajin boleh buat corak-corak yang beraneka jenis dengan berwarna warni tapi kos tu tambah sikit la..hehehe..


Senang, mudah dan lazat. Lelaki pun boleh try mana tahu nak bagi hadiah dan kejutan untuk isteri atau kekasih ke..Cuba lah..

Thanks for reading..=)





5 comments:

SheyPull on 25 Jun 2011 pada 11:24 PTG berkata...

okey...sy x pandai...:)
buatkan boleh x?



JOM singgah blog saya nak...eh boleh ke nak LIKE..LIKE..LIKE?

Fuza Marquis on 26 Jun 2011 pada 6:37 PTG berkata...

wow terror u!


eh i nak follow blog u dear, tapi xjumpa column untuk follower??!

Far8 budak baik on 27 Jun 2011 pada 2:51 PTG berkata...

weh betul ke buatan
sendiri..ke tolong hidang kn..
hahahaha =p=p

Arissha Sofea on 27 Jun 2011 pada 11:10 PTG berkata...

SheyPull: buatkan??ada upah tak??
Miss Marquis : i punya template blog lari la..butang followers ada kat bawah..cmne nk btlkn ni?

Arissha Sofea on 27 Jun 2011 pada 11:11 PTG berkata...

Far8 budak baik : saya buat sendiri la..huhu..tak caya eh..

Catat Ulasan

Klik kalau nak tengok

Catatan Popular

 

Pelawat

pink teddy

pink teddy

Terima Kasih dari : Arissha Sofea Story Teller