Assalamualaikum and hye uolls!!Hari ini saya bukak fb, twitter dengan blog jer semua tak habis-habis cakap pasal filem KL Gangster. Ala filem baru di bawah Skop Production arahan Syamsul anak Datuk Yusuf Haslam tu. Ingatkan sekarang orang duk sibuk cerita pasal Nora Elena yang hangat dengan kontroversi tuh..rupanya ada yang lagi "hot topic" sekarang ni..
(Kami Gangster Kampung Pinang Sebatang)
Best ke cerita KL Gangster ni??? Nama filem nya pun dah boleh agak cerita ini berkisar tentang apa. Bagi kaum hawa mungkin lebih berminat menonton Nora Elena daripada cerita ini. Yela, buat apa nak tengok cerita yang ganas-ganas ni. Dah nama pun gangster. Tetapi bagi kaum lelaki, filem ini mesti menjadi favourite uolls semua kan untuk ke panggung.
(Antara babak menarik dalam KL Gnagster)
Pada pendapat saya lah kan, mesti cerita ni best. Kalau tak macam mana boleh dapat kutipan 1.8 juta melalui tayangan pertama pada rabu dan khamis sahaja. Dahsyat gile la tuh. Ternyata filem KL Gangster telah mencipta satu lagi rekod dalam sinema Malaysia kerana ia rekod tertinggi yang pernah tercatat menewaskan tayangan pembukaan filem tempatan lain seperti Kongsi, Ngangkung, Hikayat Merong Mahawangsa, Hantu Kak Limah Balik Rumah mahupun Khurafat daripada Skop Productions sendiri. Yang terbaru filem ni dah mencatat kutipan 6 juta pada hari tayangan.
(Eh, zizan pun berlakon jadi gangster)
Yang paling mengagumkan, filem KL Gangster ni mampu bersaing dengan filem-filem dari Hollywood seperti X-Men dan Pirates of the Caribbean. Orang ramai lebih memilih untuk menonton filem KL Gangster mengamuk daripada amukan Pirates atau lanun-lanun dari Pulau Caribbean dan team-team X-Men iaitu manusia pelik dengan kuasa luar biasa tuh.
(Aaron Aziz dalam KL Gangster bukan Nora Elena)
Good job Syamsul and bravo. Kalau nak tahu cerita ni best ke tak jom la kita tengok kat panggung. Kalau yang dah tengok boleh la komen cerita ini betul-betul best ke tak seperti yang digembar-gemburkan. Atau sekadar di pinggiran..hehehehe..saya nak tengok cerita ni sebab pelakon utama dia SETH TAN hero filem Nora Elena tuh. Mungkin itu jugak salah satu faktor yang "mengboom" kan filem ini. Ada pulak yang kata isu Pekida nak saman Syamsul telah berjaya menarik minat orang ramai untuk pergi menonton yang mana adegan yang dikatakan telah menggunakan kod pekida tuh. Hrrmmm..ntah la..Apa-apa pun pandangan korang semua, jom tengok kat panggung dulu and then baru kritik.
(Jangan bergerak nanti gua tembak)
Thanks for reading..=)
2 comments:
apasal xajak tgk.huhu
bila tah nak p.
tak pg pun lagi..jom kita tgk ramai2..=)
Catat Ulasan