Welcome To Arissha Sofea Blog..Its Time For Story..

Halaman

Khamis, 23 Jun 2011

Daging Tiruan, Daging Lembu Perisa Babi!!


Daging tiruan ? Foto psipum.org
Assalamualaikum dan hye semua..Petang ni saya tak tahu nak buat apa dan apa lagi mula la tangan ni ligat mencari maklumat atau informasi terbaru di google. Tiba-tiba tekak jadi loya dan mual apabila membaca satu blog yang memaparkan tentang cara-cara membuat daging lembu tiruan dengan menggunakan daging babi!!
Seperti biasa negara China memang pakar dalam membuat dan menghasilkan barang-barang tiruan sekarang sudah beralih arah untuk mentiruankan makanan pula. Belum lagi reda isu telur tiruan dari China sekarang ni pula daging lembu tiruan yang dihasilkan sendiri tetapi yang paling melampaunya ialah menggunakan daging babi!!
Bagi kes ini, mereka menggunakan sejenis bahan ekstra daging lembu yang mana ianya berfungsi untuk menukarkan rasa daging babi kepada rasa daging lembu. Berikut merupakan cara-cara bagaimana proses pertukaran dan pembuatan daging lembu tiruan itu dibuat. Memang meloyakan dan menjijikan.
Gambar diambil dari laman web Princestylo :

Penggunaan agen glazing untuk menghilangkan rasa daging babi. Bungkusan  kecil sahaja ini cukup untuk 50 kg daging babi.

Penggunaan agen glazing untuk menghilangkan rasa daging babi. Bungkusan  kecil sahaja ini cukup untuk 50 kg daging babi.

Proses pememerapan daging babi selepas ditambah ekstrak daging lembu.

Perbezaan daging babi yang diekstrak.


Perbandingan antara daging babi asli dan daging lembu palsu selepas diekstrak selama 2 jam. Daging babi telah bertukar seperti daging lembu yang asli.

Kepada anda semua yang ingin memakan daging lembu berhati-hatilah. Takut terbeli daging lembu tiruan perisa babi. Untuk langkah yang lebih selamat, jangan beli apa-apa sahaja produk makanan keluaran negara China. Sebelum beli tu check la dulu kat label belakang makanan tu terutamanya makanan segera dan bertin dari China. Kita boikot habis-habisan sebab ia nya memang keterlaluan. Beli lah daging lembu dari sumber yang halal. Itu sahaja untuk kali ini. Bacaan lanjut cara proses daging lembu tiruan dari daging babi
Thanks for reading..=)

5 comments:

Syazwan Che Deraman on 23 Jun 2011 pada 7:55 PTG berkata...

terima kasih kerana dedahkan semua ni.
peringatan bersama ;)
mana butang share ?
nak share nie..

Syazwan Che Deraman on 23 Jun 2011 pada 7:55 PTG berkata...

terima kasih kerana dedahkan semua ni.
peringatan bersama ;)
mana butang share ?
nak share nie..

Arissha Sofea on 23 Jun 2011 pada 8:26 PTG berkata...

Syazwan; maaf saya tak tahu nak sediakan butang share kat blog..hehehe..

Atiqah Wadiah on 24 Jun 2011 pada 4:44 PTG berkata...

eeeiiii..teruk btol dorg nih..tanx 4 d info ya~

Arissha Sofea on 25 Jun 2011 pada 5:26 PTG berkata...

Atiqah Wadiah; pasni nak makan daging kena hati2..

Catat Ulasan

Klik kalau nak tengok

Catatan Popular

 

Pelawat

pink teddy

pink teddy

Terima Kasih dari : Arissha Sofea Story Teller