Welcome To Arissha Sofea Blog..Its Time For Story..

Halaman

Khamis, 23 Jun 2011

e-Novel : Kasih Yang Suci


Assalamualaikum dan salam sejahtera... kali ni Arissha Sofea nak mula satu segmen baru kepada kaki novel dan yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia novel ni.. yelah, sejak akhir-akhir ni pengarah-pengarah filem dan drama di Malaysia sudah mula mengambil cerita-cerita dari novel untuk di jadikan Drama TV, sebut saja drama Nora Elena yang baru sahaja tamat episod akhir minggu lepas, pasti ramai yang tak terlepas dari membayangkan watak Seth Tan yang di pegang Aaron Aziz yang romantik sehingga menjadi "kegilaan" ramai wanita. Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya drama itu diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu. Selain watak yang berkesan, jalan cerita yang menarik dan penuh dramatik dengan adegan-adegan romantik menjadi penguat kepada jalan cerita drama ini, kalau ada yang tidak berkesempatan untuk menonton drama ini secara penuh bolelah ke tonton atau kepada yang berminat untuk menjadikan drama ini koleksi pribadi, boleh lah muat turun di Drama Nora Elena full video download episod 1-24

Berbalik kepada segmen terbaru Arissha Sofea, untuk segmen pertama ni e-Novel ialah Kasih Yang Suci menjadi pilihan pertama untuk anda semua.


Sinopsis : Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru.
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa.saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
Nantikan segmen e-Novel akan datang, Selamat membaca. :_)




8 comments:

SYAFIQAHSALEH on 23 Jun 2011 pada 11:05 PTG berkata...

tak penah baca tapi tengok je nora elena :)

Arissha Sofea on 23 Jun 2011 pada 11:16 PTG berkata...

novel dia ada yang tak sama dengan cerita..contoh dalam novel Yvonne mati tapi dalam cerita tak..

zahid_pocie on 23 Jun 2011 pada 11:33 PTG berkata...

nora elena... ^_^

Arissha Sofea on 23 Jun 2011 pada 11:40 PTG berkata...

zahid_pocie: tengok jugak eh..=p

Tanpa Nama berkata...

this novel was super awesome ! n nora elena also .. siap mimpi2 lagi pasal cter nih .. lwak jer .. HAHAA :)

Kyra Elric on 24 Jun 2011 pada 9:47 PG berkata...

da lma tinggal novel :D

MIMIE AIZA on 25 Jun 2011 pada 12:03 PG berkata...

carik novel ni x jumpe.. stock habisss

Arissha Sofea on 25 Jun 2011 pada 5:25 PTG berkata...

eh ada jer la..cuba carik kat kedai lain..huhu..

Catat Ulasan

Klik kalau nak tengok

Catatan Popular

 

Pelawat

pink teddy

pink teddy

Terima Kasih dari : Arissha Sofea Story Teller