Assalamualaikum dan hye uolls..Pagi-pagi lagi saya bangun dan terus belek-belek halaman akhbar untuk dibaca dan terjumpa la page dengan berita yang pada saya amat mengejutkan. Bekas Suami Tikam Muka Guna Gunting!!!Ish3 dahsyat betul la orang zaman sekarang ni. Marah sikit jer terus nak bunuh orang, tikam orang, tembak orang dan cederakan orang. Dah tak boleh guna cara lain ke kalau nak lepaskan marah pun. Kenapa sampai nak mencederakan orang lain??Dan kebanyakan daripada mangsa-mangsa yang terlibat adalah WANITA!!Hrrmmmmm..Kesian kaum hawa kerana sering menjadi mangsa. Sama lah jugak dengan kes yang terbaru ini. Seorang wanita telah ditikam di muka dengan gunting.
(Mangsa Hazita cedera parah dan kini dirawat di hospital)
Kejadian ini terjadi di Kota Bharu Kelantan menyaksikan seorang wanita terpaksa berhadapan dengan detik-detik cemas dan genting apabila telah diserang dengan bekas suaminya di tempat letak kenderaan di sebuah pasaraya petang semalam. Punca berlakunya kejadian tersebut dikatakan berpunca akibat daripada keengganan mangsa untuk merujuk semula bersama bekas suaminya. Larrhhh..sebab tu je ke??ingatkan sebab duit ke??kes kecurangan ker??penipuan ke??
Inilah masalah dan penyakit utama yang melanda segelintir daripada masyarakat kita zaman ini. Masyarakat kita pada hari ini tidak boleh berfikiran waras dan selalu melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang dan bertindak secara waras. Marah yang tidak dapat dikawal akan mengakibatkan bahaya kepada orang lain. Oleh itu hendaklah kita menjauhi sifat pemarah itu dengan selalu berfikiran positif dan tidak cepat melatah pada sesuatu keadaan. Berfikirlah secara rasional kerana tiada masalah tidak dapat diatasi dan semua masalah tidak dapat diatasi dengan melepaskan marah dan mengamuk kepada orang lain.
Mangsa cedera parah dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II akibat daripada tikaman di belakang kepala, muka dan leher. Diharapkan agar peristiwa ini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran buat semua. Tak pasal-pasal si pelaku ini telah melakukan jenayah dan diburu oleh pihak polis. Siapa yang susah??diri sendiri dan ahli keluarga jugak akibat daripada kebodohan diri sendiri. Walau apa-apa pun diharapkan agar keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi dugaan ini. Insyallah..
Itu sahaja untuk kali ini..Thanks for reading..=)
10 comments:
aduhaiii...kesiannya..........
fiQ'Ra: Tu lah..kesian kan..=(
macm2 la zaman skg nehh...
dunia akhir zaman..=)
kalau tengok pada jenayah sekarang, macam dah tak aman negara kita ni.. hari-hari ada je kes jenayah, bunuh dan segala bapak kejahatan..
Tapak Kaki : betul tuh,,saya setuju sangat...
Emm ciannye . Apabila nafsu amarah xdpt d kwl, maka . . sgala kemungkinan blh berlaku .
fuh!!! gile talak ke ape nie?
Siti Arfah: dunia..dunia..apa nak jadi la..
AzwanRamli: yeke kot..rasenya cam tu lah..gila talak dia ni..
Catat Ulasan