Welcome To Arissha Sofea Blog..Its Time For Story..

Halaman

Rabu, 22 Jun 2011

Bapa Rayu Anak Kembar Dimatikan!!


(Gambar dan sumber diambil dari Kosmo)

Assalamualaikum dan hye semua...selamat malam..ada sebuah kisah benar yang berlaku di PATNA, India benar-benar menyayat hati dan telah membuatkan hati sanubari saya tersentap pada malam ini apabila membaca kisah ini. Seorang bapa yang mempunyai sepasang anak kembar hidup dalam kesusahan dan penuh penderitaan ditambah pula kedua-dua anak kembarnya itu melekat antara satu sama lain di kepala. Akibat kesusahan yang dialami telah memaksa si bapa membuat rayuan kepada pihak hospital agar kedua-dua anak kembarnya itu dibunuh dan dimatikan. 

Tujuan si bapa berbuat demikian bukanlah kerana tiada perasaan belas kasihan dan perikemanusiaan tetapi kerana kasih sayang dan cinta yang amat mendalam terhadap kedua-dua anak perempuannya. Si bapa tidak sanggup melihat kedua-dua puteri nya itu tersiksa menanggung penderitaan sepanjang hayat mereka dan atas sebab itu lah beliau merayu agar kedua-dua anaknya dibunuh sahaja sekiranya mereka tidak mendapat bantuan kewangan. 

Kita sudah jelas dengan perkhabaran bagaimana keadaan dan kehidupan masyarakat di India. Kebanyakan mereka hidup dengan penuh kesusahan dan kepayahan ditambah pula kawasan tempat tinggal mereka sering dilanda wabak penyakit dan bencana alam yang boleh meragut nyawa pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, kita yang hidup di Malaysia ni hendaklah sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana sentiasa dilimpahi rahmat kesenangan dan keamanan. Kalau dibandingkan kehidupan kita dengan penduduk di India diibaratkan sebagai langit dengan bumi. 

Semoga kita mendapat kesedaran, tauladan dan pedoman melalui kisah ini dan kalau sesiapa nak tahu tentang kisah Bapa Rayu Anak Kembar Dimatikan dengan lebih lanjut boleh KLIK SINI

Thanks for reading..=)


5 comments:

Pokcik Blogger Baru on 23 Jun 2011 pada 9:06 PG berkata...

Assalamualaikum pembuka bicara, tlg le jawab wahai si anak dara..

Pokcik penat ngelap air mata baca entry ni.. pokcik bersyukur sgt2, xde sape yg share sekepala.. mudah2an korang sume pokcik cepat kaya utk membantu dorang2 ni (so, ape lagi, klik je iklan nuffnang tu bersama 8 riban kawan)

Nota perut: pokcik blogger baru muncul kembali

Pokcik Blogger Baru on 23 Jun 2011 pada 9:07 PG berkata...

tmbhn ayat kurang senonoh pokcik di atas :
.... korang sume * doa pokcik....

Arissha Sofea on 23 Jun 2011 pada 10:47 PG berkata...

Pokcik Blogger Baru; Wassalam..okey pok cik..bereh2..u klik i..i klik u..hahaha...=p

Unknown on 23 Jun 2011 pada 1:19 PTG berkata...

kt disini sering terleka dgn nikmat dunia..tp kt tak sedar ada insan lain yg menderita.pernah bersyukurkah kita??
sedih =(

Arissha Sofea on 23 Jun 2011 pada 9:32 PTG berkata...

betul tu...bersyukur lah sebab kat sini kita hidup dengan aman, banyak bantuan dihulurkan, senang dengan pelbagai kemudahan.

Catat Ulasan

Klik kalau nak tengok

Catatan Popular

 

Pelawat

pink teddy

pink teddy

Terima Kasih dari : Arissha Sofea Story Teller