Welcome To Arissha Sofea Blog..Its Time For Story..

Halaman

Isnin, 11 Julai 2011

Rindu Blog dan Blogwalking..


Hai semua..assalamualaikum..hurmmm..dah lama blog ni tak update. Rindu kat blog dan rindu nak blogwalking..Maklum la apabila sekarang ni saya sibuk bekerja dalam cuti semester ini dan semalam baru je balik dari program motivasi di Kuala Kangsar Perak. Untuk pengetahuan semua program motivasi tersebut melibatkan 170 lebih pelajar-pelajar dari 9 buah sekolah agama rakyat yang akan menjalani peperiksaan UPKK. Memang best sepanjang berada di sana walaupun mencabar kerana hanya kami bertiga sahaja Fasilitator bagi program tersebut. Walau apa pun banyak pengalaman baru telah saya perolehi dan banyak perkara yang saya belajar terutama dalam aspek pengendalian program dan sebagai langkah untuk saya menjadi seorang motivator yang terbaik satu hari nanti insyallah..Sepanjang berada di sana tiada satu gambar pun sempat dirakamkan sebab memang tak berkesempatan kerana banyak perkara yang perlu diuruskan oleh kami bertiga. Nasib baik kami mendapat bantuan dan pertolongan dari para ustaz dan ustazah dalam menguruskan pelajar-pelajar. Apabila balik je ke rumah dan bukak blog tengok-tengok saya dapat grapevine walaupun tak berapa paham sangat tentang grapevine. Huhuhu..Kalau ada siapa-siapa yang tahu boleh la share dengan saya yer..Bak kata orang tak baik kedekut ilmu..huhuhu..okey lah..itu sahaja untuk petang ini..nak tolong emak goreng cekodok pisang untuk makan petang walaupun sebenarnya nak masuk waktu makan malam...

                **Ada permintaan dari seorang blogger nak melihat gambar saya dengan lebih jelas..**

Thanks for reading..=)

2 comments:

Noor Maizan on 12 Julai 2011 pada 12:26 PG berkata...

eh eh..macam heliza plak..sory awk..sy mau follow tapi tak jumpa butang follow..nty sy dtg lagi follow ye :(

Arissha Sofea on 12 Julai 2011 pada 7:01 PTG berkata...

eh..eh..mne ada la wak...tu lah..butang follower asyik hilang jer skng ni..tak tahu nape..=)

Catat Ulasan

Klik kalau nak tengok

Catatan Popular

 

Pelawat

pink teddy

pink teddy

Terima Kasih dari : Arissha Sofea Story Teller