Welcome To Arissha Sofea Blog..Its Time For Story..

Halaman

Khamis, 9 Jun 2011

Kenapa Jadi Blogger???


 Mempersembahkan!!!!!JENG JENG JENG


ARISSHA SOFEA STORY TELLER


Hye semua..Assalamualaikum..vanakam..selamat sejahtera..memperkenalkan, ini lah blog saya yang direka khas oleh baby bucuk saya Mohd Khair..Thank You So Much..bukan ape la kan..sekarang ni musim atau trend semua orang ada blog masing-masing..Tak kira lah personal blog, business blog, fesyen, gossip mossip dan banyak lagi..boleh dikatakan pertumbuhan bilangan blog-blog kat Malaysia ni boleh diibaratkan sebagai cendawan yang tumbuh selepas hujan..


Masing-masing sibuk bercerita dalam blog masing-masing..Jangan kata lah berapa banyak..tak terkira bilangannya..agak-agaknya lah kan, kenapa orang sekarang ni suka main blog yer..hehe..itu terpulang kepada tuan empunya badan masing-masing la kenapa mereka buat blog..memang tidak dinafikanlah dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat ni semua benda boleh dibuat hanya menggunakan jari sahaja..wahhh bunyi macam dahsyat jer..macam pakai magic silap mata..hehehe..walau apa pun tujuan korang..gunakanlah ia dengan sebaik mungkin..janganlah ia disalahgunakan dengan niat dan tujuan yang buruk yer..tak baik tau..


Anyway, berbalik kepada tajuk asal "KENAPA JADI BLOGGER???"yang sebenarnya tujuan saya buat blog ni pun hanya sekadar nak share apa yang menarik kepada semua dan tujuan utamanya ialah saya nak jadikan blog ini sebagai "MY DIARY"..Ha???DIARY???yelah...diary yang kita tulis dan catat apa yang jadi kat kita hari ini..apa yang kita lalui hari ini..manis ke sedih ke semua lah..tapi diary ni special sket..sebabnya dia tak kan hilang pi mana-mana melainkan tuan nya hilang ingatan terlupa password..hihihihi..

Bila tengok blog-blog membe terus saya pun terdetik nak wat blog ni..Yelah, kadang-kadang kita rasa nak luah dan share sesuatu..lepas geram..rakam detik-detik indah memori yang kita tak nak lupa dan nak ingat sampai bila-bila..kita boleh buat semuanya dengan guna blog..bila ada masa lapang nanti boleh baca dan tengok balik..itu kalau saya lah..anda pula bagaimana??

So, lepas ni saya akan cuba update blog ini dengan rajin dan dengan kerapnya..harharhar..jika anda tidak menyukainya..maafkan saya..saya budak baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan..PEACE!!!!

Lastly, welcome to my blog..this is the new one..i'm still 
learning on it..hehehe..


Thanks for reading..=)








0 comments:

Catat Ulasan

Klik kalau nak tengok

Catatan Popular

 

Pelawat

pink teddy

pink teddy

Terima Kasih dari : Arissha Sofea Story Teller