Welcome To Arissha Sofea Blog..Its Time For Story..

Halaman

Sabtu, 16 Julai 2011

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban dan Puasa Syaaban



Assalamualaikum dan hye semua..
Bulan Syaaban muncul lagi. Marilah kita memperbanyakkan amalan di dalam bulan yang penuh keberkatan. Dan pada malam ini tibalah malam yang dinamakan malam nisfu syaaban. Saya ni bukanlah pandai kalau nak bercakap soal agama ni..Tapi saya sekadar ingin berkongsi apa yang telah saya perolehi melalui hasil pembacaan kepada semua..Kerana tanpa kita sedar, ramai diantara kita yang tidak tahu pengertian Malam Nisfu Syaaban dan Kelebihannya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Sabda Nabi s.a.w.: Apabila masuk bulan syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan syaaban. Malam nisfu syaaban adalah malam lima-belas syaaban iaitu siangnya empat-belas hari bulan Syaaban. Malam nisfu syaaban juga merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Syaidatina Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a; Rasulullah s.a.w telah bangun pada malam Nisfu Syaaban dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian, aku mencuit ibu jari kaki Baginda s.a.w dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda s.a.w berkata dalam sujudnya:


"Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda s.a.w selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saidatina Aisyah r.a:

"Malam ini adalah malam nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjalla telah datang kepada hambanya pada malam nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang banyak beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki."


Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu syaaban adalah hari dimana buku catatan kita selama setahun diangkat ke langit dan akan digantikan dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib (15 syaaban bermula pada 14hb syaaban sebaik sahaja masuk waktu maghrib)


(Sumber diambil daripada laman web lilo80)





Berkata Siti Aisyah r.a: Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah s.a.w ialah bulan syaaban.


Sabda Nabi s.a.w:
Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).


Untuk itu, marilah kita bersama-sama mengisi malam nisfu syaaban ini dengan membaca yasin, berpuasa, berzikir dan melakukan solat sunat nisfu syaaban. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T..Insyallah..Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu)Ameen ya rabbal alameen.

Thanks for reading..=)






5 comments:

Nizam Ijam on 16 Julai 2011 10:52 PTG berkata...

bersama2 mencari keberkatan :)

” Nizam Ijam Dot Com”

blognizamlah on 16 Julai 2011 11:05 PTG berkata...

jom meriahkan malam nisfu syaaban nie...moga segala dosa kita diampunkan...insyaAllah

Arissha Sofea on 16 Julai 2011 11:19 PTG berkata...

insyallah...amin..

Tapak Kaki on 21 Julai 2011 4:23 PTG berkata...

ramadhan dah nak dekat :D

Izyan Mohd on 6 Julai 2012 12:51 PG berkata...

nice :)

Catat Ulasan

Klik kalau nak tengok

Catatan Popular

 

Pelawat

pink teddy

pink teddy

Terima Kasih dari : Arissha Sofea Story Teller