Welcome To Arissha Sofea Blog..Its Time For Story..

Halaman

Rabu, 20 Julai 2011

Green Tea Boleh Mengurangkan Berat Badan


Assalamualaikum dan hye semua..Petang ni saya nak berkongsi dengan uolls mengenai khasiat minum teh hijau atau lebih dikenali sebagai Green Tea. Teh ni sangat bagus untuk diminum. Bukan apa, saya tertarik dengan khasiatnya yang dapat menurunkan berat badan. 1st time rasa teh ni boleh la walaupun rasa nya tak sesedap teh biasa. Tapi untuk kesihatan kan. Saya pun mencuba lah sendiri bagaimana rasanya.

                                               (Secawan teh hijau untuk diet anda yang sihat)   

Antara kebaikannya ialah:

1. Boleh mengurangkan risiko penyakit kanser, diabetes, darah tinggi, demam selesema, asma, sakit sendi, mengurangkan stress dan menguatkan tulang.

2. Risiko serangan penyakit jantung dan strok juga dapat dikurangkan kerana air teh hijau merendahkan kadar kolesterol dalam badan.

3. Vitamin E dalam teh hijau bertindak sebagai anti oksidan dan melambatkan proses penuaan dan mencantikkan kulit. (Sesuai diminum bagi sesiapa yang nak awet muda)

4. Amalan minum teh hijau boleh menurunkan berat badan. (Menggalakkan pembakaran lemak)

5. Teh ini kaya dengan fluoride untuk mengelakkan kerosakan gigi dan mineral yang baik untuk melawan osteoporosis.

6. Teh hijau boleh mengurangkan risiko penyakit alzheimer (penyakit nyanyuk dan lupa) kerana ia melambatkan proses pengurangan acetylcholine di dalam otak.

7. Anti oksidan yang terkandung di dalamnya juga membantu mengelakkan kerosakan sel di otak yang boleh menyebabkan penyakit Parkinson.

8. Catechin dalam teh hijau boleh membunuh bakteria yang menyebabkan keracunan makanan.

9. Epigallocatechin gallate dalam teh hijau boleh menghalang merebaknya virus HIV dan mampu membentuk sistem pertahanan badan dalam diri seseorang yang menghidap HIV.

Banyak lagi khasiat nya teh hijau ni. Orang cina suka minum teh hijau. Patut lah diorang cantik dan sentiasa sihat jer..Apa lagi, uolls boleh la try..Siapa-siapa yang nak kuruskan badan boleh amalkan minum teh ni sebab    melalui pengalaman seorang teman, beliau berjaya menguruskan badan dengan hanya meminum teh hijau. Selamat mencuba!!

Thanks for reading..=)




4 comments:

Tuan Punye Blog on 20 Julai 2011 8:04 PTG berkata...

nnt beli teh ijau plak la..hehehe

Arissha Sofea on 20 Julai 2011 10:33 PTG berkata...

beli la..banyak khasiatnya tau..=)

Tapak Kaki on 21 Julai 2011 4:22 PTG berkata...

ada orang minum teh ni tapi letak gula banyak-banyak sebab tawar dan payau katanya..pfftt

adeenaboutique on 18 April 2012 10:40 PG berkata...

green tea memang baik utk kesihatan.
Jom join contest langsing dan menang. hadiah bernilai RM1000 ditawarkan. 15 April - 15 Oktober 2012.
http://www.facebook.com/softfea.orange.fiber.diet
http://softfea-orange-fiber-diet-drink.blogspot.com/
utk maklumat lanjut.

Catat Ulasan

Klik kalau nak tengok

Catatan Popular

 

Pelawat

pink teddy

pink teddy

Terima Kasih dari : Arissha Sofea Story Teller