Assalamualaikum dan hye uolls..hari ini saya nak cerita sikit apa yang jadi kat saya di UUM ni..Untuk pengetahuan semua..sekarang ni bermulanya cuti semester yang bermula pada 26 Mei hingga bulan September nanti..orang duk sibuk-sibuk bercuti yang ko wat apa lagi kat UUM ni..
Ha..kalau uolls nak tahu..sekarang ni saya mengambil kelas intersesi..jadi sebab tu lah saya tak balik rumah lagi..Nak dijadikan cerita, semua student yang terlibat dengan kelas intersesi ditempatkan di Dewan Penginapan Pelajar Sime Darby..Yuran yang dikenakan ialah RM5 bagi 1 hari..disebabkan dah hujung-hujung sem ni..sudah menjadi kebiasaan bagi semua student tengah pokai dan poket kering..Jadi..daripada kena bayar RM5 sehari untuk penginapan lebih baik duit itu dibelanjakan untuk membeli makanan sepanjang kelas berlangsung..
So, nak tahu kat mana saya tinggal??surau??masjid??tepi jalan??menumpang bilik orang??pantry??
Actually saya dan dua orang kawan iaitu Puteri Ily Ismail dan Shima Manan telah mendapat kebenaran untuk menetap di Dewan Penginapan Pelajar MAS secara percuma..so kiranya kitorg tak perlu bayar yuran penginapan la..tetapi risikonya ialah hanya kami bertiga sahaja yang duduk situ..TAK ADA ORANG LAIN!!!hahahahaha..uolls boleh bayangkan tak kalau uolls jer yang ada kat hostel..semua orang dah balik..
Memang sunyi sepi..tambah-tambah bila malam menjelma..sekali-sekala terbayang-bayang cerita-cerita seram yang kita selalu dengar apabila hostel kosong time cuti..cerita hantu kak limah la..hantu karipap la..makcik jual nasi lemak pukul 2 pagi..hantu locker la..macam-macam cerita kitorg dengar..tapi kitorg pekak kan telinga jer dan anggap tak akan ada apa-apa yang berlaku..
So, kitorg dah nekad untuk memberanikan diri untuk stay hanya 3 orang jer kar situ..nak test konon sejauh mana tahap keberanian..Alhamdulillah setakat ini tak ada apa-apa yang berlaku..tiada kejadian-kejadian pelik yang kami alami melainkan pada siang hari kelibat lelaki iaitu pekerja kontraktor muncul di dalam blok yang kami tinggal tu..Kitorg tinggal 3 orang dalam 1 bilik.nak pergi mana-mana mesti bertiga..apa yang paling penting sekarang ini hanyalah keselamatan kami bertiga..yang lain dah tak pikir dah..
Yang paling thrill sekali ialah kami bertiga kena survive untuk mengisi perut yang hari-hari duk berbunyi..memang survival betul lah kena jalan kaki sampai luar pintu pintu pagar UUM beli nasi kat luar..bayangkan kena jalan kaki..sampai bilik lapar balik..hahahahaha..Kafe memang lah tak bukak coz dah tak ada orang..nak pergi Varsity Mall jauh..kena jalan kaki..nak tak nak kena lah berjimat cermat stock makanan yang ada..makan lah apa yang ada..macam meggi..roti..biskut kering dan oat..sampai satu tahap tu dah tak boleh tahan dah..menggigil-gigil kot tak dapat nasik..jadi terpaksa call membe-membe laki yang stay kat sini jugak untuk beli makanan..nasib baik diorg sporting and baik hati..caya lah guys..uolls memang terbaik..kalau lah family kitorg tgk keadaan anak-anak diorg cmni mesti diorg susah hati dan sedih kan..walau apa-apa pun ini semua cabaran yang mematangkan kita semua..kita jadi lebih berdikari dan lebih berani..dan yang paling penting sekali ini semua adalah pengorbanan sebagai seorang student untuk mencapai kejayaan..Wahwahwah..
Masuk hari ini hanya tinggal seminggu je lagi kitorg kat sini..tak pe..sabar-sabar..lepas ni boleh enjoy dan makan puas-puas kat rumah..wish we luck yer..
Okey lah..kitorg nak pergi mandi ni..mesti mandi bersama-sama..bahaya kalau sorang-sorang..takut kena intai dengan pekerja-pekerja kontrak tu yang rata-rata nya pekerja asing..pesanan buat semua especially women-women, ladies-ladies dan girl-girl kat luar sana..kita semua kena BERANI!!!tiada halangan yang tidak dapat diatasi..atasi ketakutan dengan keberanian..macam kami..kahkahkahkah..
itu sahaja untuk kali ini..
Thanks for reading..=)
0 comments:
Catat Ulasan