Assalamualaikum dan hye semua..malam ni saya nak buat entry tentang binatang peliharaan yang menjadi kegilaan dan kesukaan saya iaitu sugar glider!!Kalau uolls nak tahu, sugar glider kini telah mendapat tempat pertama dalam ranking binatang peliharaan yang top di Malaysia walaupun ramai yang masih tidak mengenalinya tetapi beliau sudah mempunyai ramai peminat. Kecomelannya mampu mencuit hati sesiapa yang melihatnya dan keletahnya memang menghiburkan hati.
(Ini lah rupanya si sugar glider ni, tak tahulah samada ni jantan ke betina)
Sugar glider ni senang dijaga, comel, lincah dan aktif serta manja dengan penjaganya. Dia dapat mengenal tuannya berdasarkan bau.
(Sekadar gambar hiasan)
Kalau sesiapa yang nak bela sugar glider, kena ada sangkar dan beberapa alat permainan seperti gambar di atas. Semuanya boleh didapati di kedai haiwan atau laman web yang menjual alat-alat permainan sugar glider.
(Sekadar gambar hiasan)
Pemiliknya juga boleh menghias sendiri sangkar sugar glider dengan menggunakan barang terpakai mengikut kreativiti sendiri. Lebih jimat kan.
(Sekadar gambar hiasan)
Jangan risau kalau kita nak pergi kemana-mana kerana kita boleh membawa sugar glider dengan meletakkannya ke dalam pouch bag seperti gambar di atas. Pouch bag ni mempunyai saluran udara untuk dia bernafas. Tak lah mati nanti..hehehe..
Harga seekor sugar glider dalam RM 2** jer. Tapi tu tak termasuk sangkar dan permainan dia. Makanan dia pula kita boleh bagi dia makan buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.
Yang warna putih ni lagi mahal harganya. Dan ia merupakan spesies yang jarang dijumpai. Comel kan??Bukan sahaja wanita yang tergila-gila untuk membela sugar glider ni tetapi lelaki pun sama. Jangan terkejut kerana ramai lelaki di luar sana turut membela si comel ni sebagai teman. Kalau ada sesiapa yang membela sugar glider boleh lah share pengalaman membelanya yer..huhu..
Thanks for reading..=)
7 comments:
aku masih tertanya-tanya kenapa nama haiwan ni sugar glider.. ang tahu?
tak tau la..huhuhu..search kt google jer la..
sbb die sukew mluncur n suke mkn bnde mnis,,,,2la jd sugar gliders,,aku ade 2 ekor,,
i baru sebulan bela...btol2 sgt hepi bile ade si comel ni...
hahah belum abis research...banyak salah tuuu
bkn tikus la..(-__-)"
try wt research..
die fmly ngn kangaro0..
Catat Ulasan