Hai, setelah sekian lama tidak menjengah blog ku ini dan kini aku kembali..rasa sayang pulak nak membiarkan blog ni menyepi sendiri..sekurang-kurangnya aktiviti blogging ini dapat mengisi masa lapang kita dari terbuang begitu sahaja dan segala info, idea dan maklumat dapat dikongsi bersama dengan semua penghuni alam maya..
Entry ringkas dan pendek kali ini hanya nak share satu kata-kata yang boleh dijadikan motivasi dan muhasabah buat diri kita semua. Renung-renungkan dan selamat beramal..=)
Jika tiada rezeki anak,
Mungkin kita diberikan rezeki mertua yang baik hati,
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
Jika tiada rezeki wang ringgit,
Mungkin diberikan rezeki kesihatan tubuh badan,
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
Jika tiada rezeki kereta mewah,
Mungkin kita diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah,
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
Mungkin kita diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus,
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
Mungkin kita diberikan rezeki pasangan yang baik,
dan pandai menguruskan rumahtanggan,
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala-galanya.
Jika tiada rezeki jodoh dari Allah s.w.t,
Mungkin kita diberikan rezeki umur ibu bapa kita yang panjang,
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya kepada kedua orang tua.
Dan Jika tiada rezeki hari ini,
Mungkin ada rezeki yang lebih baik pada hari esok,
Maka kita lebih bahagia kerana mendapat rezeki yang tidak dijangka.
Oleh itu,hendaklah kita sentiasa bersangka baik dengan Allah dalam segala hal dan perkara yang baik. Sesungguhnya aturan dan perancangan Allah itu lebih baik.